|
Rabu, 5 Mac 2008
Tajuk : BN bakal tawan seluruh Marang
Oleh : Aida Abd Rahman
Sumber : Unit Komunikasi Negeri

Dato'
Seri Idris menandatangani plak perasmian
Medan
Selera Marang Waterfront. -Foto SHUHAIMI AHMAD.
Parlimen Marang yang menjadi kubu kuat PAS akan berjaya ditawan
Barisan Nasional (BN) dengan majoriti melebihi 1,000 undi pada
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, 8 Mac nanti.
Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh melahirkan keyakinan itu
berdasarkan sokongan rakyat sepanjang kempen menjelangnya (PRU) di
Parlimen Marang, khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu
Rendang yang sudah melebihi paras 50 peratus.
Katanya, melihat kepada sokongan rakyat terhadap setiap kempen BN
dengan dibantu angka penyokong PAS yang bertukar menyertai BN
memberi harapan dan petanda BN bakal menawan semula Marang.
“Kita susah melepasi paras 50.05 di Rhu Rendang dan ianya berpihak
kepada kita. Malah, ada empat hari lagi dengan usaha-usaha yang akan
telah dilaksanakan oleh Razali (Razali Idris) dan kefahaman yang
kita berikan kepada orang PAS dan insyaAllah kita yakin akan menang.
Manakala Parlimen Marang akan melebihi seribu undi.
“Ada peti undi yang sebelum ini kita tidak boleh tembusi, seperti
Atas Bukit dan Seberang Marang, kita sudah mampu tembusi,” katanya
selepas merasmikan Medan Selera Marang Waterfront, di Bandar Marang,
hari ini (5 Mac).
Hadir sama, calon BN Parlimen Marang, Dato' Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir;
Zaidi Muda (Bukit Payong); Razali Idris (Rhu Rendang) dan calon DUN
Pengkalan Berangan, Encik Yahaya Khatib Mohamad.
Seramai 5,500 masyarakat sekitar Marang hadir ke majlis itu.
Dato’ Seri Idris berkata, kawasan yang sukar ditembusi dan dikatakan
kubu kuat PAS seperti Seberang Marang dan Atas Bukit sudah boleh
ditembusi BN dan senario itu membuktikan seluruh Parlimen Marang
akan ditawan BN.
Pada majlis yang sama, sebanyak RM89,294 peruntukan disediakan bagi
membantu 89 pemohon Program Pembasmian Kemiskinan Bandar bagi 2007
melibatkan pemohon dari Pengkalan Berangan (82 orang), Alor Limbat
(2) dan Rhu Rendang (5).

Dato'
Seri Idris berbual mesra dengan pelancong asing yang menikmati
minum
petang di Medan Selera Marang Waterfront.
|