|
Rabu, 5 Mac 2008
Tajuk : Pastikan sejarah hitam tidak
berulang
Oleh : Esah Abdullah
Sumber : Unit Komunikasi Negeri

Calon
Parlimen Marang, Dato' Dr. Ahmad Ramzi (BN) mengenakan
tengkolok kepada YAB Dato' Seri Mohd Najib yang tiba untuk
merasmikan
Medan
Info Desa di Alor Limbat. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
mengingatkan seluruh rakyat agar tidak memberi laluan kepada
pembangkang untuk bertapak semula di Terengganu pada Pilihan Raya
Umum ke-12, pada 8 Mac depan.
“Saya berharap kita akan berjuang habis-habisan agar sejarah hitam
tidak berulang kembali dan bumi Terengganu ini kekal milik Barisan
Nasional (BN),” katanya di majlis Perasmian Medan Infodesa Daerah
Marang, di Alur Limbat, Marang, hari ini (5 Mac).
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor;
Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh dan isteri To’ Puan Seri Che
Kamariah Zakaria; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Dr
Abdullah Md Zin; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman
Bakar.
Hadir sama, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu Dato’
Ahmad Said; Dato’ Rosol Wahid dan Dato’ Din Adam; Angkasawan Negara,
Dr. Sheikh Muszaphar Shukur; calon-calon Barisan Nasional (BN) dalam
Parlimen Marang iaitu Dato' Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir (Parlimen
Marang), Encik Alias Abdullah (Alur Limbat), Encik Yahaya Khatib
Mohamad (Pengkalan Berangan), Haji Razali Idris (Rhu Rendang) dan
Encik Zaidi Muda, Bukit Payong.
“BN adalah sebuah parti harapan rakyat, parti yang membela nasib
rakyat dan memberi kebahagian kepada rakyat dan parti yang mencipta
kejayaan untuk umat Islam keseluruhannya,” katanya.
Katanya, BN telah menghantar orang Islam (merujuk kepada Angkasawan
Negara) meneroka ke angkasa lepas, tetapi lambang bulan yang dibawa
parti pembangkang hanya tersangkut di pokok nyiur.
“Tapi Insyaallah… ‘bulan’ itu akan jatuh ke riba kita pada 8 Mac
nanti,” kata Dato’ Seri Mohd Najib disambut dengan laungan gelombang
biru oleh 10,000 rakyat yang hadir di majlis tersebut.
Terdahulu, Dato’ Seri Idris dalam ucapannya berkata, perkara yang
paling penting sekarang adalah untuk memastikan calon-calon BN
memperolehi kemenangan yang cemerlang.
“Titik kejatuhan pembangkang (Pas) bermula apabila ‘tok guru’ mereka
tidak menyambut salam yang dihulur oleh calon BN pada hari penamaan
calon baru-baru ini.
“Menyambut salam sesama Islam itu hukumnya ‘wajib’ tapi pemimpin
pembangkang buat tak tahu,” katanya.

Timbalan
Perdana Menteri menurunkan tandatangan ke plak perasmian
Medan
Info Desa sambil diperhatikan Dato' Seri Idris
dan
calon-calon BN Parlimen Marang.
|