|
Sabtu, 8 Mac 2008
Tajuk : Anak Presiden PAS cetus
rusuhan
Oleh : Aida Abd Rahman dan Farezul
Fadzal
Sumber : Unit Komunikasi Negeri

Ketua
Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berbincang dengan anak
Presiden
PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Khalil ketika
berlaku
rusuhan di Rusila.
Penyokong PAS merusuh lagi. Tidak pernah serik dengan amaran dan
tindakan pihak berkuasa, kira-kira 300 penyokong PAS merusuh dan
membaling batu ke arah kenderaan polis sebagai membantah tindakan
pihak berkuasa menahan anak Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi
Awang, Mohamad Khalil, di Kampung Rusila, semalam (8 Mac).
Mohamad Khalil dikatakan antara individu yang bertindak menahan bas
serta merampas kad pengenalan pengundi yang melalui kawasan itu.
Sebanyak 58 daripada 76 kad pengenalan yang dirampas dan diperiksa
mereka dalam kejadian itu diserahkan semula.
Malah, pada masa yang sama penyokong PAS dikatakan bertindak agresif
dengan melontar objek keras menyebabkan lapan kenderaan polis
termasuk sebuah bas Unit Simpanan Persekutuan (FRU), empat kereta
peronda, dua kenderaan 4WD dan satu van rosak.
Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh, berkata satu bantahan akan
dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis berhubung
tindakan penyokong parti PAS yang menghalang beberapa bas serta
menimbulkan rasa takut di kalangan pengundi bagi keluar mengundi.
Katanya, bantahan tersebut akan dihantar dalam satu jangka masa yang
telah ditetapkan oleh SPR. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan
pula berkata, beliau tidak akan berkompromi atau berlembut dengan
mana-mana pihak sekiranya benar ketua parti atau calon itu sendiri
terlibat.
Beliau berkata, tindakan undang-undang tetap akan diambil terhadap
mereka tanpa mengira jawatan dan kepentingan individu terbabit.
Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 143 dan 148 Kanun Keseksaan
kerana berkumpul secara haram dan merusuh, selain kesalahan di bawah
Akta Pilihan Raya 1954.

Kumpulan penyokong PAS mula
melakukan keganasan serta
membaling objek keras kearah sebuah
kereta, ketika pihak polis
membawa Muhammad Khalil Abdul Hadi
31, anak kepada Presiden PAS
Dato' Seri Abdul Hadi Awang bagi
membantu siasatan setelah
berlaku rusuhan di Kampung Rusila,
Marang 8 Mac.
|