|
Isnin, 10 Mac 2008
Tajuk : Dato' Dr. Ahmad Ramzi luang
masa lawat kakitangan UKOM yang cedera
Oleh : Suriati Ali
Sumber : Unit Komunikasi Negeri

Ruslan (kanan)
dan Dato' Dr Ramzi (dua dari kiri) melihat
kecederaan yang dialami oleh Remy. -Foto SHUHAIMI AHMAD
Pemangku
Pengarah Unit Komunikasi Negeri (UKOM) Encik Ruslan Abdul Rahman
bersama bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Dato' Dr. Ahmad
Ramzi Mohamad Zubir yang juga merupakan Calon BN Parlimen Marang
meluangkan masa melawat jurukamera UKOM yang mengalami kecederaan
ringan di rumahnya Chendering, Kuala Terengganu, hari ini (10 Mac).
Jurukamera itu, Remy Shah Rizal Sabari, 28, cedera di kaki selepas
secara tidak sengaja dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) yang
memasuki lorong bersebelahan Sekolah Menengah Agama (A) Sultan
Zainal Abdin, Kuala Terengganu.
Kejadian
yang berlaku pada 8 Mac, Remy bersama rakan sekerja lain sedang
menjalankan tugas merakam video penduduk yang hadir untuk membuang
undi di Pusat Pembuangan Undi di sekolah yang sama.
Sedikit
buah tangan dan derma ikhlas turut dihulurkan Encik Ruslan dan Dato'
Dr. Ahmad Ramzi sebagai tanda prihatin terhadap kejadian yang berlaku.
|